Resepi Karipap - Blog perkongsian perlbagai jenis resepi karipap dari seluruh pelusuk dunia.
Terima kasih kerana sudi bertandang di teratak ini (maaf ya tiada sajian karipap disediakan di atas teratak ini, ehe). Ok, menerusi blog ini admin akan kongsikan aneka resepi karipap yang terbukti lazat serta sedap untuk anda semua cuba. Antara resepi yang popular dikongsi di blog ini adalah seperti berikut:
1) Resepi karipap pusing,
2) Resepi karipap sardin,
3) Resepi karipap kentang.
4) dan macam-macam lagi..
Anda juga akan diajar bagaimana cara untuk membuat doh karipap, teknik lipatan karipap yang pelbagai bentuk, teknik masakan agar karipap lebih rangup dan sebagainya.
Apa yang perlu anda lakukan adalah bookmark blog ini di pelayar web anda agar mudah untuk jadikan rujukan pada masa hadapan, kepada anda yang mempunyai akaun Facebook, silalah like page rasmi blog ini di bahagian sidebar blog ini ataupun melalui pautan berikut: FB Resepi Karipap
Resepi Karipap Asli
Selain daripada berkongsi resepi karipap biasa-biasa yang selalu kita jumpa, Admin juga akan kongsi resepi asli pembuatan karipap asli buatan Malaysia yang tradisional. Wow! Macam menarik saja kan? Yup, ada resepi ringkas dan ada resepi panjang, ringkas sebab Admin gunakan jalan pintas dalam pembuatan karipap seperti intinya dibeli, jadi cuma tinggal nak panaskan dan buat doh saja.
Manakala resepi panjang, kena mulakan dari awal penyediaan bahan yang sempurna untuk menghasilkan karipap buatan tangan sendiri. Resepi panjang adalah pilihan admin kerana karipap yang dihasilkan lebih fresh.
Admin ingatkan agar anda ikuti arahan resepi dengan betul supaya karipap anda menjadi dan strukturnya tidak pecah, paling teruk meletup seperti yang admin pernah buat. Ehe, belajar dari pengalaman.
Sekadar itu dahulu pengenalan dari pihak admin, selamat belajar membuat karipap daripada blog Resepi Karipap. Wassalam.