Saturday, October 4, 2014

Resepi Karipap

Resepi Karipap - Blog perkongsian perlbagai jenis resepi karipap dari seluruh pelusuk dunia.

resepi karipap

Terima kasih kerana sudi bertandang di teratak ini (maaf ya tiada sajian karipap disediakan di atas teratak ini, ehe). Ok, menerusi blog ini admin akan kongsikan aneka resepi karipap yang terbukti lazat serta sedap untuk anda semua cuba. Antara resepi yang popular dikongsi di blog ini adalah seperti berikut:

1) Resepi karipap pusing,
2) Resepi karipap sardin,
3) Resepi karipap kentang.
4) dan macam-macam lagi..

Anda juga akan diajar bagaimana cara untuk membuat doh karipap, teknik lipatan karipap yang pelbagai bentuk, teknik masakan agar karipap lebih rangup dan sebagainya.

Apa yang perlu anda lakukan adalah bookmark blog ini di pelayar web anda agar mudah untuk jadikan rujukan pada masa hadapan, kepada anda yang mempunyai akaun Facebook, silalah like page rasmi blog ini di bahagian sidebar blog ini ataupun melalui pautan berikut: FB Resepi Karipap

Resepi Karipap Asli

Selain daripada berkongsi resepi karipap biasa-biasa yang selalu kita jumpa, Admin juga akan kongsi resepi asli pembuatan karipap asli buatan Malaysia yang tradisional. Wow! Macam menarik saja kan? Yup, ada resepi ringkas dan ada resepi panjang, ringkas sebab Admin gunakan jalan pintas dalam pembuatan karipap seperti intinya dibeli, jadi cuma tinggal nak panaskan dan buat doh saja.

Manakala resepi panjang, kena mulakan dari awal penyediaan bahan yang sempurna untuk menghasilkan karipap buatan tangan sendiri. Resepi panjang adalah pilihan admin kerana karipap yang dihasilkan lebih fresh.

Admin ingatkan agar anda ikuti arahan resepi dengan betul supaya karipap anda menjadi dan strukturnya tidak pecah, paling teruk meletup seperti yang admin pernah buat. Ehe, belajar dari pengalaman.

Sekadar itu dahulu pengenalan dari pihak admin, selamat belajar membuat karipap daripada blog Resepi Karipap. Wassalam.

Sunday, July 27, 2014

Resepi Karipap Ibu

Resepi Karipap - Selamat datang dan beribu kali aluan kepada anda kerana sudi bertandang di blog Resepi Karipap. Blog berkategori masakan yang diwujudkan melalui katakunci khas resepi karipap adalah bertujuan untuk berkongsi resepi yang berkaitan dengan karipap sahaja.



Karipap atau juga popular di dalam Englishnya disebut Curry Puff mempunyai pelbagai bentuk kreatif hasil tangan yang boleh dihasilkan. Selalunya kita lihat karipap berbentuk separuh bulat yang didatangkan dengan pelbagai saiz mengikut acuan siap atau acuan tangan sendiri, dan terdapat juga karipap bersaiz besar bulat kesemuanya.

Menjadi satu kelebihan kepada Anda terutamanya kaum wanita yang sekiranya mengetahui cara membuat karipap. Ya, ibu Admin sendiri pandai dan pakar membuat karipap, beliau sering membuat karipap di hujung minggu untuk dinikmati keluarga kami.

Istimewanya lagi karipap ini selain daripada bentuknya, apalagi jika bukan intinya. Inti dalaman karipap adalah rasa sebenar kesedapan karipap. Admin sendiri selalu buat bandingan inti karipap mana yang lebih sedap sekiranya admin membeli karipap pada waktu pagi untuk sarapan, boleh dikatakan situasinya seperti yang ditunjukkan dalam video berkaitan Pemburu Karipap tegar di bawah ini.

Bentuk dan inti karipap, tambahan lagi iaitu kerangupan karipap juga menjadi salah satu aspek tarikan. Struktur karipap yang rangup menjadi kesukaan admin kerana itu tandanya karipap itu masih lagi fresh! Jika lama pastinya strukturnya sudah lembik dan tidak lagi rangup kerana sudah dimasuki angin.

Pengalaman Admin sendiri pernah cuba atau sebenarnya menyibuk semasa ibu admin buat karipap, erm.. bukan senang rupanya terutamanya ketika membuat balutan beralun karipap tersebut. Masa pertama kali, agak kekok juga dibuatnya. Sebenarnya boleh saja guna acuan yang sedia ada, cuma masukkan dan kepil, siap! Tapi tidak mencabarlah dan kurang 'handmade'.

Jadi, menerusi blog ini Admin akan kumpulkan serta kongsikan kepada anda beberapa resepi membuat karipap, itu salah satu tujuannya blog ini Admin wujudkan selain menjadi sebagai rujukan admin sendiri di masa hadapan. Sila rujuk pautan berkaitan resepi karipap yang terdapat di blog ini.

Sila juga 'like' Facebook Fanpage khas yang admin buat bagi mendapatkan info/maklumat mengenai resepi karipap terkini: Resepi Karipap. Kepada anda yang ingin berkongsi resepi karipap sendiri juga boleh hantar mesej terus kepada admin di page tersebut, nanti admin akan kongsikan bersama pembaca setia yang lain resepi masakan anda itu.

Semoga maklumat yang dikongsikan bermanfaat buat anda semua. Salam sukses dari Admin.